Saturday, 25 November 2017

Resepi ROTI CANAI by ratna


BAHAN A

1 kg tepung gandum
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu pekat
1 biji telur

BAHAN B

1 1/2 hingga 2 cawan air
1 sudu makan garam

CARA-CARANYA

  • Satukan bahan-bahan A hingga betul-betul sebati.
  • Campurkan air dengan garam dan kacau hingga garam hingga larut.
  • Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga membentuk doh yang lembut dan licin.
  • Bahagikan doh kepada bebola kecil dan bulat-bulatkan. Buat hingga habis.
  • Lumurkan bebola dengan marjerin dan simpan dalam besen atau bekas bertutup, sekurang-kurangnya 2 jam.
  • Sapukan dulang dengan minyak, tebar dan jadikan roti canai. Goreng hingga masak. 
  • Nikmati dengan kuah kari/ kuah dal.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Resepi SAMBAL TUMIS PETAI UDANG GALAH by ratna


BAHAN-BAHAN
  • Udang galah (cuci dan toskan)
  • Seikat petai (diambil isinya dan dibelah dua)
  • 1 biji bawang besar (dibelah dua dan dipotong kasar)
  • 1/2 cawan air asam jawa (ikut rasa)
  • 6 sudu makan cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
BAHAN KISAR
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
CARA MASAKAN
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Tumis cili kisar hingga garing
  • Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan petai dan kacau sebentar.
  • Masukkan santan, air dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  • Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.
  • Masukkan udang galah dan bawang hiris
  • Masak hingga udang galah masak dan bawang lembut.
Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Thursday, 26 October 2017

Resepi TOMYAM THAI by ratna



BAHAN SEGERA

1 paket perencah tomyam
1 kiub pati tomyam

BAHAN KISAR

2 ulas bawang merah
1 biji tomato
5 batang cili padi
1 batang serai
lengkuas
halia

BAHAN A

6-7 batang cili padi (diketuk)
2 batang serai(dititik)
Halia (dihiris)
2 biji bawang besar (dipotong ring)
3 biji tomato (belah 4/wadges)
4 daun limau purut

BAHAN B

Ayam / Udang / Sotong
Bunga kubis
Carrot
Putik jagung
Air
Garam

CARA MASAKAN

  • Kisar 2 ulas bawang merah , 1 batang serai, 1 biji tomato, halia dan 5 batang cili padi.
  • Masukkan air untuk buat kuah.
  • Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga 1 paket perencah tomyam.
  • Masukkan carrot sampai setengah empuk.
  • Kemudian, masukkan lebihan cili, serai yang di titik, halia yang di hiris, bawang besar,  garam, dan kiub pati tomyam.
  • Bila sudah mendidih, masukkan ayam / udang / sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.
  • Untuk udang  dan sotong, seelok-eloknya didihkan secara asing. Tujuan supaya untuk mengelakkan lebiahan air udang dan sotong mengganggu rasa tomyam.
  • Kemudian masukkan udang dan sotong yang dah masak, ke dalam tomyam. 


Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Sunday, 17 September 2017

Resepi KENTANG GORENG RANGUP by ratna



BAHAN-BAHAN

1. Kentang
2. Tepung serbaguna
3. Garam
4. Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA

1. Potong kentang bentuk jejari
2. Rebus kentang bersama sedikit garam
3. Rebus sampai 1/2 masak dan toskan
4. Kemudian gaul kentang bersama tepung serbaguna
5. Goreng sehingga masak atau kekuningan

Nota :  Nak goreng kentang tanpa direbus terlebih dahulu pun ok.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!.

Thursday, 31 August 2017

Resepi RENDANG DAGING RUSA by ratna



BAHAN-BAHAN

3 kilo daging rusa
5 biji kelapa (asing santan pekat semangkuk)
10 biji bawang merah kecil (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 inci kunyit hidup (dikisar)
4 inci lengkuas (dikisar)
5 inci halia (dikisar)
5 batang serai (dikisar)
Daun limau purut
Daun kunyit
Kerisik
2 batang serai di ketuk
300 grm Cili kering kisar
Garam secukup rasa

CARA-CARA

1. Tumis bahan kisar dan cili hingga wangi
2. Masukan santan cair.
3. Lepas itu masukan daging rusa.
4. Masukan biji kurma (Tujuan: untuk melembutkan daging rusa berkenaan)
5. Apabila santan telah mendidih, masukan garam berserta serai.
6. Kacau sehingga terbit minyak.
7. Kemudian masukan santan pekat, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
8. Kacau perlahan-lahan dengan api yang sederhana (ikut keadaan) sehingga masak/kering

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Wednesday, 30 August 2017

Resepi AYAM MASAK PALEMBANG by ratna



BAHAN-BAHAN

700 gram ayam - potong kecil
1 biji kentang - potong wedges
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat (boleh gantikan dengan kerisik. Boleh letak 3 sudu besar kerisik)
1 cawan kicap lemak manis kurangkan sikit minyak

BAHAN KISAR

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

REMPAH PENUMIS

3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA-CARA

1. Panaskan minyak dan goreng ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan. Goreng pula kentang hingga masak. Dalam kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak bekas gorengan ayam dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak. Sesekali digaul mesra.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat

Jika tidak mahu masukkan santan, kerisik juga boleh digunakan.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Thursday, 27 July 2017

Resepi DAGING MASAK HITAM PERAK by ratna



BAHAN-BAHAN

600 g daging dipotong kecil setebal 1 cm
4 labu bawang besar dipotong empat
20 biji bawang merah dimayang halus
Sedikit air asam jawa
2 senduk kicap pekat manis
2 cawan air
Garam

BAHAN KISAR

30 tangkai cili kering
100 g kismis hitam

CARA MASAKAN
  • Daging + air + kicap + bawang besar direbus dalam periuk perlahan sehingga daging empuk dan kuah agak pekat. Ketepikan.
  • Bawang merah digoreng untuk dibuat bawang goreng.
  • Gunakan 2 senduk minyak bekas gorengan bawang tadi lalu tumis bahan kisar dalam kuali hingga naik minyak.
  • Masukkan air asam jawa + sedikit gula. Masukkan daging tadi, kacau & masak hingga daging elok empuk.
  • Akhir sekali masukkan bawang goreng lalu dikacau hingga sebati. Kuahnya biar pekat. Garam secukup rasa.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Resepi GULAI TEMPOYAK KUALA KANGSAR by ratna



BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan (boleh guna ikan kembung, ikan keli, ikan patin atau sebagainya yang bersesuaian)
3 biji cili merah ditumbuk
2 biji cili padi (jika ingin pedas)
1 sudu kecil serbuk kunyit (nak lagi sedap guna kunyit hidup)
3 sudu besar tempoyak
1-2 batang serai
1 Timun - dipotong memanjang.
Sedikit garam
Sedikit gula
Air secukupnya

CARA-CARA

Tumbuk cili merah dan cili padi hinngga lumat.Masukkan kedalam periuk bersama-sama tempoyak, kunyit, serai dan air untuk kuahnya.Masak sehingga semua bahan sebati kemudian masukkan ikan dan timun. masak hingga mengelegak dan nampak timun dah layu serta ikan dah masak.Perasakan dengan garam dan gula.
Jika mengunakan tempoyak yang baru agak tidak sesuai untuk diletak gula selalunya kena masukkan sedikit tempoyak yang lama atau sekeping asam keping.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Resepi NASI AYAM TERANGKAT by ratna



BAHAN AYAM

1 ekor ayam
2 inci halia (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
6 ulas bawang merah (dikisar)

BAHAN PERAP

1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

CARA-CARA

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. 

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.

Selepas itu gorengkan ayam sehingga masak.

Nota: Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. 

NASI AYAM

2 sudu besar mentega
Ketulan lemak ayam (panaskan dan ambil minyak ayam)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
1/4 cawan susu full cream
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 

Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula. 

Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

SAMBAL CILI

5 tangkai cili  merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam
Sos tomota (Optional)

Blend cili merah dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  

SAMBAL KICAP

Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Sesuaikan rasa garam dan gula. Kemudian angkat.

KUAH SUP

Jeruk kubis
Garam
Serbuk pati ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.

Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Thursday, 22 June 2017

Resepi NASI ARAB MANDY by ratna



BAHAN NASI

4 cawan beras Basmathi - rendam & tos
1/2 cawan minyak zaitun (boleh jer guna minyak masak biasa)
2 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih di mayang
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1 helai bay leave
3 helai daun pandan
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara
Garam
Pewarna kuning

BAHAN AYAM

1 ekor ayam di potong 4
1/2 cm halia - tumbuk
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
Pewarna kuning
Garam dan gula secukup rasa
2 bawang besar - hiris bulat
2 lemon - hiris bulat

CARA-CARA

Kesemua bahan bahan Ayam disatukan (kecuali bawang besar dan lemon) dan dilumur pada ayam. Perapkan selama lebih kurang 15 minit.

Sebelum memanggang, balutkan dulang pembakar terlebih dahulu dengan aluminium foil.

Kemudian, susunkan bawang besar dan lemon ikut kerativiti masing-masing.  Letakkan ayam di atas bawang besar dan lemon tersebut.  Lepas itu tutup aluminium foil dan bakar pada suhu 250C selama 1 jam.

Sekitar 10 minit yang terakhir, keluarkan dulang pembakar dari oven. Kumpulkan lelehan/baki air ayam yang kelihatan. Jika suka, renjis renjiskan ayam dengan minyak zaiton.  Bakar semula ayam selama 10 minit dengan foil terbuka.

Kemudian panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 2 helai daun pandan untuk nasi sehingga bawang menjadi layu.

Masukkan 4 cawan air atau secukupnya dan masak sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan beras dan garam dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak nasi sehingga air kering.

Kemudian tuangkan air ayam tadi ke dalam nasi dan kacau sambil dibuat lubang di tengah tengah nasi. Letakkan aluminium foil dan tuang sedikit minyak. Masukkan arang yang telah dibakar sehingga menjadi bara ke dalam foil berisi minyak tadi supaya aroma asap akan meresap ke dalam nasi. Balut periuk dengan aluminium foil sebelum ditutup periuk letrik dan biarkan sehingga nasi masak.

Apabila nasi masak, tuangkan secara titisan rambang pewarna kuning dan kacau rata. Siap untuk dihidangkan bersama ayam dan salsa.


SALSA

Bahan bahan

4 biji buah tomato - potong dadu
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
Garam
Gula

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan bahan di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Boleh juga jika mahu dikisar tapi sekejap sahaja, jangan sampai hancur.

Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Arab Mandy.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Resepi KAMBING GOLEK by ratna



BAHAN-BAHAN (untuk seekor kambing)
  • Seekor kambing (berat dalam 15kg lebih kurang)
  • 1 cawan madu
  • 1 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 cawan sos perap smoke BBQ pedas (Knor brand)
  • 5 labu bawang putih ditumbuk dengan kulit-kulitnya sekali
  • 4 sb lada hitam ditumbuk lumat
  • 3 sb serbuk cili
  • 2 sb rosemary
  • 2 sb pasley
  • 2 sb oregano
  • 2 sb basil

CARA MEMERAP BAHAN
  • Cucukkan kambing dengan pisau. 
  • Satukan semua bahan di dalam mangkuk. 
  • Lumurkan pada kambing dan masukkan sos tersebut di bahagian yang strategik dan lumurkan sedikit di bahagian sendinya. 
  • Perap semalaman untuk hasilan yang lebih baik. 
  • Balut kambing dengan aluminium foil (jika perlu. 

CARA MEMANGGANG KAMBING

Bakar atau golek kambing berkenaan dengan bara api selama 1.5 jam - 2 jam bergantung kepada saiz kambing. Bila kambing tu dah masak (WELL ke MEDIUM ke..), hiris-hiris daging kemudian tuangkan sos tersebut.

Nota: Sekiranya  ada lebihan sos, jangan dibuang. Masukkan dalam kuali atau periuk. Tambah air sikit dan masak hingga mendidih.

Siap dihidang untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Resepi MEE GORENG MAMAK by ratna



BAHAN-BAHAN
  • Mee kuning 1 bungkus
  • Udang sederhana (buang kulit)
  • Bawang Putih (hiris)
  • Bawang Merah (hiris)
  • Kicap cair & pekat
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Cili giling
  • Tauhu (digoreng dahulu)
  • Taugeh 
  • Sawi
  • Tomato
  • 3 biji telur(pecah & kacau)
  • Fish cake(hiris)
  • Cili(hiris)
  • Serbuk perasa Knorr/Maggi

CARA MEMASAK
  1. Tumis bawang putih + bawang merah + cili bo sehingga naik minyak. 
  2. Masukkan sos cili + sos tiram + kicap pekat dan biarkan masak sekejap. 
  3. Kemudian masukkan udang + fish cake + tauhu + kentang + sawi. 
  4. Tolak bahan tumus tu sedikit ke tepi dan masukkan telur yang dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit
  5. Kemudian masukkan mee. Gaulkan sehingga sebati. 
  6. Masukkan tomato + taugeh + cili. 
  7. Akhir sekali masukkan sedikit serbuk perasa & kicap cair jika perlu. 
Hidangan telah dan sedia untuk dihidangkan untuk keluaga tersayang.

Selamat mencuba!!

Resepi WAFFLE by ratna





BAHAN-BAHAN

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
2 sudu teh baking powder
5 sudu teh gula pasir
2 biji telur
1 1/2 cwan susu suam
1/3 cawan mentega cair
1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA

  1. Ayak tepung dan baking powder dalam mangkuk yang besar
  2. Campurkan tepung yang telah diayak, garam dan gula
  3. Pukul telur, masukkan susu, mentega cair dan esen vanilla didalam mangkuk yang berasingan
  4. Curahkan campuran telur ke dalam mangkuk tepung dan kacau supaya sekata.
  5. Panaskan acuan waffle.
  6. Bila acuan waffle dah panas (dah nampak berasap-asap), curahkan sesenduk adunan
  7. Tutup acuan dan biarkan seketika. Nota: jangan lama sangat nanti hangus.
  8. Bila dah masak, keluarkan dari acuan
  9. Waffle yang enak telah masak tu. 
Siap dihidang untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Resepi KETAM MASAK LEMAK CILI PADI by ratna



BAHAN UTAMA

3 ekor ketam 
2 biji timun
2 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit (disiat)
1 keping asam keping
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula (secukup rasa)
Air secukupnya

BAHAN KISAR

8 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
10 biji cili padi hijau
1/2 inci belacan (jika perlu)


CARA MEMBUATNYA

Bersihkan ketam dengan sempurna. Kulit keras dibuang. Hujung kaki kecil ketam dikerat. Duri tajam pada penyepit ketam diketuk sedikit agar senang bila nak makan nanti. Kerat dua setiap seekor ketam, buang segala kekotoran dan cuci bersih. 

Timun dikupas kulitnya. Potong 2 setiap 1 dan belah 4 setiap 1 keratan. Buang bahagian empulurnya.

Masukkan ketam ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai dan asam keping. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Bila ketam bertukar warna, tuang santan cair, tambah sedikit air jika perlu. Kacau dan biarkan sehingga mendidik.

Masukkan timun dan pati santan. Kacau perlahan masukkan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Biarkan ia masak seketika hingga timun empuk. Kemudian matikan api. 

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!.