Thursday, 22 June 2017

Resepi NASI ARAB MANDY by ratna



BAHAN NASI

4 cawan beras Basmathi - rendam & tos
1/2 cawan minyak zaitun (boleh jer guna minyak masak biasa)
2 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih di mayang
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1 helai bay leave
3 helai daun pandan
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara
Garam
Pewarna kuning

BAHAN AYAM

1 ekor ayam di potong 4
1/2 cm halia - tumbuk
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
Pewarna kuning
Garam dan gula secukup rasa
2 bawang besar - hiris bulat
2 lemon - hiris bulat

CARA-CARA

Kesemua bahan bahan Ayam disatukan (kecuali bawang besar dan lemon) dan dilumur pada ayam. Perapkan selama lebih kurang 15 minit.

Sebelum memanggang, balutkan dulang pembakar terlebih dahulu dengan aluminium foil.

Kemudian, susunkan bawang besar dan lemon ikut kerativiti masing-masing.  Letakkan ayam di atas bawang besar dan lemon tersebut.  Lepas itu tutup aluminium foil dan bakar pada suhu 250C selama 1 jam.

Sekitar 10 minit yang terakhir, keluarkan dulang pembakar dari oven. Kumpulkan lelehan/baki air ayam yang kelihatan. Jika suka, renjis renjiskan ayam dengan minyak zaiton.  Bakar semula ayam selama 10 minit dengan foil terbuka.

Kemudian panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 2 helai daun pandan untuk nasi sehingga bawang menjadi layu.

Masukkan 4 cawan air atau secukupnya dan masak sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan beras dan garam dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak nasi sehingga air kering.

Kemudian tuangkan air ayam tadi ke dalam nasi dan kacau sambil dibuat lubang di tengah tengah nasi. Letakkan aluminium foil dan tuang sedikit minyak. Masukkan arang yang telah dibakar sehingga menjadi bara ke dalam foil berisi minyak tadi supaya aroma asap akan meresap ke dalam nasi. Balut periuk dengan aluminium foil sebelum ditutup periuk letrik dan biarkan sehingga nasi masak.

Apabila nasi masak, tuangkan secara titisan rambang pewarna kuning dan kacau rata. Siap untuk dihidangkan bersama ayam dan salsa.


SALSA

Bahan bahan

4 biji buah tomato - potong dadu
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
Garam
Gula

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan bahan di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Boleh juga jika mahu dikisar tapi sekejap sahaja, jangan sampai hancur.

Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Arab Mandy.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment