Thursday, 26 October 2017

Resepi TOMYAM THAI by ratna



BAHAN SEGERA

1 paket perencah tomyam
1 kiub pati tomyam

BAHAN KISAR

2 ulas bawang merah
1 biji tomato
5 batang cili padi
1 batang serai
lengkuas
halia

BAHAN A

6-7 batang cili padi (diketuk)
2 batang serai(dititik)
Halia (dihiris)
2 biji bawang besar (dipotong ring)
3 biji tomato (belah 4/wadges)
4 daun limau purut

BAHAN B

Ayam / Udang / Sotong
Bunga kubis
Carrot
Putik jagung
Air
Garam

CARA MASAKAN

  • Kisar 2 ulas bawang merah , 1 batang serai, 1 biji tomato, halia dan 5 batang cili padi.
  • Masukkan air untuk buat kuah.
  • Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga 1 paket perencah tomyam.
  • Masukkan carrot sampai setengah empuk.
  • Kemudian, masukkan lebihan cili, serai yang di titik, halia yang di hiris, bawang besar,  garam, dan kiub pati tomyam.
  • Bila sudah mendidih, masukkan ayam / udang / sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.
  • Untuk udang  dan sotong, seelok-eloknya didihkan secara asing. Tujuan supaya untuk mengelakkan lebiahan air udang dan sotong mengganggu rasa tomyam.
  • Kemudian masukkan udang dan sotong yang dah masak, ke dalam tomyam. 


Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Sunday, 17 September 2017

Resepi KENTANG GORENG RANGUP by ratna



BAHAN-BAHAN

1. Kentang
2. Tepung serbaguna
3. Garam
4. Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA

1. Potong kentang bentuk jejari
2. Rebus kentang bersama sedikit garam
3. Rebus sampai 1/2 masak dan toskan
4. Kemudian gaul kentang bersama tepung serbaguna
5. Goreng sehingga masak atau kekuningan

Nota :  Nak goreng kentang tanpa direbus terlebih dahulu pun ok.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!.

Thursday, 31 August 2017

Resepi RENDANG DAGING RUSA by ratna



BAHAN-BAHAN

3 kilo daging rusa
5 biji kelapa (asing santan pekat semangkuk)
10 biji bawang merah kecil (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 inci kunyit hidup (dikisar)
4 inci lengkuas (dikisar)
5 inci halia (dikisar)
5 batang serai (dikisar)
Daun limau purut
Daun kunyit
Kerisik
2 batang serai di ketuk
300 grm Cili kering kisar
Garam secukup rasa

CARA-CARA

1. Tumis bahan kisar dan cili hingga wangi
2. Masukan santan cair.
3. Lepas itu masukan daging rusa.
4. Masukan biji kurma (Tujuan: untuk melembutkan daging rusa berkenaan)
5. Apabila santan telah mendidih, masukan garam berserta serai.
6. Kacau sehingga terbit minyak.
7. Kemudian masukan santan pekat, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
8. Kacau perlahan-lahan dengan api yang sederhana (ikut keadaan) sehingga masak/kering

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Wednesday, 30 August 2017

Resepi AYAM MASAK PALEMBANG by ratna



BAHAN-BAHAN

700 gram ayam - potong kecil
1 biji kentang - potong wedges
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat (boleh gantikan dengan kerisik. Boleh letak 3 sudu besar kerisik)
1 cawan kicap lemak manis kurangkan sikit minyak

BAHAN KISAR

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

REMPAH PENUMIS

3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA-CARA

1. Panaskan minyak dan goreng ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan. Goreng pula kentang hingga masak. Dalam kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak bekas gorengan ayam dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak. Sesekali digaul mesra.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat

Jika tidak mahu masukkan santan, kerisik juga boleh digunakan.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Thursday, 27 July 2017

Resepi DAGING MASAK HITAM PERAK by ratna



BAHAN-BAHAN

600 g daging dipotong kecil setebal 1 cm
4 labu bawang besar dipotong empat
20 biji bawang merah dimayang halus
Sedikit air asam jawa
2 senduk kicap pekat manis
2 cawan air
Garam

BAHAN KISAR

30 tangkai cili kering
100 g kismis hitam

CARA MASAKAN
  • Daging + air + kicap + bawang besar direbus dalam periuk perlahan sehingga daging empuk dan kuah agak pekat. Ketepikan.
  • Bawang merah digoreng untuk dibuat bawang goreng.
  • Gunakan 2 senduk minyak bekas gorengan bawang tadi lalu tumis bahan kisar dalam kuali hingga naik minyak.
  • Masukkan air asam jawa + sedikit gula. Masukkan daging tadi, kacau & masak hingga daging elok empuk.
  • Akhir sekali masukkan bawang goreng lalu dikacau hingga sebati. Kuahnya biar pekat. Garam secukup rasa.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Resepi GULAI TEMPOYAK KUALA KANGSAR by ratna



BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan (boleh guna ikan kembung, ikan keli, ikan patin atau sebagainya yang bersesuaian)
3 biji cili merah ditumbuk
2 biji cili padi (jika ingin pedas)
1 sudu kecil serbuk kunyit (nak lagi sedap guna kunyit hidup)
3 sudu besar tempoyak
1-2 batang serai
1 Timun - dipotong memanjang.
Sedikit garam
Sedikit gula
Air secukupnya

CARA-CARA

Tumbuk cili merah dan cili padi hinngga lumat.Masukkan kedalam periuk bersama-sama tempoyak, kunyit, serai dan air untuk kuahnya.Masak sehingga semua bahan sebati kemudian masukkan ikan dan timun. masak hingga mengelegak dan nampak timun dah layu serta ikan dah masak.Perasakan dengan garam dan gula.
Jika mengunakan tempoyak yang baru agak tidak sesuai untuk diletak gula selalunya kena masukkan sedikit tempoyak yang lama atau sekeping asam keping.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Resepi NASI AYAM TERANGKAT by ratna



BAHAN AYAM

1 ekor ayam
2 inci halia (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
6 ulas bawang merah (dikisar)

BAHAN PERAP

1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

CARA-CARA

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. 

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.

Selepas itu gorengkan ayam sehingga masak.

Nota: Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. 

NASI AYAM

2 sudu besar mentega
Ketulan lemak ayam (panaskan dan ambil minyak ayam)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
1/4 cawan susu full cream
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 

Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula. 

Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

SAMBAL CILI

5 tangkai cili  merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam
Sos tomota (Optional)

Blend cili merah dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  

SAMBAL KICAP

Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Sesuaikan rasa garam dan gula. Kemudian angkat.

KUAH SUP

Jeruk kubis
Garam
Serbuk pati ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.

Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!