Saturday, 25 November 2017

Resepi ROTI CANAI by ratna


BAHAN A

1 kg tepung gandum
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu pekat
1 biji telur

BAHAN B

1 1/2 hingga 2 cawan air
1 sudu makan garam

CARA-CARANYA

  • Satukan bahan-bahan A hingga betul-betul sebati.
  • Campurkan air dengan garam dan kacau hingga garam hingga larut.
  • Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga membentuk doh yang lembut dan licin.
  • Bahagikan doh kepada bebola kecil dan bulat-bulatkan. Buat hingga habis.
  • Lumurkan bebola dengan marjerin dan simpan dalam besen atau bekas bertutup, sekurang-kurangnya 2 jam.
  • Sapukan dulang dengan minyak, tebar dan jadikan roti canai. Goreng hingga masak. 
  • Nikmati dengan kuah kari/ kuah dal.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Resepi SAMBAL TUMIS PETAI UDANG GALAH by ratna


BAHAN-BAHAN
  • Udang galah (cuci dan toskan)
  • Seikat petai (diambil isinya dan dibelah dua)
  • 1 biji bawang besar (dibelah dua dan dipotong kasar)
  • 1/2 cawan air asam jawa (ikut rasa)
  • 6 sudu makan cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
BAHAN KISAR
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
CARA MASAKAN
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Tumis cili kisar hingga garing
  • Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan petai dan kacau sebentar.
  • Masukkan santan, air dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  • Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.
  • Masukkan udang galah dan bawang hiris
  • Masak hingga udang galah masak dan bawang lembut.
Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Thursday, 26 October 2017

Resepi TOMYAM THAI by ratna



BAHAN SEGERA

1 paket perencah tomyam
1 kiub pati tomyam

BAHAN KISAR

2 ulas bawang merah
1 biji tomato
5 batang cili padi
1 batang serai
lengkuas
halia

BAHAN A

6-7 batang cili padi (diketuk)
2 batang serai(dititik)
Halia (dihiris)
2 biji bawang besar (dipotong ring)
3 biji tomato (belah 4/wadges)
4 daun limau purut

BAHAN B

Ayam / Udang / Sotong
Bunga kubis
Carrot
Putik jagung
Air
Garam

CARA MASAKAN

  • Kisar 2 ulas bawang merah , 1 batang serai, 1 biji tomato, halia dan 5 batang cili padi.
  • Masukkan air untuk buat kuah.
  • Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga 1 paket perencah tomyam.
  • Masukkan carrot sampai setengah empuk.
  • Kemudian, masukkan lebihan cili, serai yang di titik, halia yang di hiris, bawang besar,  garam, dan kiub pati tomyam.
  • Bila sudah mendidih, masukkan ayam / udang / sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.
  • Untuk udang  dan sotong, seelok-eloknya didihkan secara asing. Tujuan supaya untuk mengelakkan lebiahan air udang dan sotong mengganggu rasa tomyam.
  • Kemudian masukkan udang dan sotong yang dah masak, ke dalam tomyam. 


Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Sunday, 17 September 2017

Resepi KENTANG GORENG RANGUP by ratna



BAHAN-BAHAN

1. Kentang
2. Tepung serbaguna
3. Garam
4. Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA

1. Potong kentang bentuk jejari
2. Rebus kentang bersama sedikit garam
3. Rebus sampai 1/2 masak dan toskan
4. Kemudian gaul kentang bersama tepung serbaguna
5. Goreng sehingga masak atau kekuningan

Nota :  Nak goreng kentang tanpa direbus terlebih dahulu pun ok.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!.

Thursday, 31 August 2017

Resepi RENDANG DAGING RUSA by ratna



BAHAN-BAHAN

3 kilo daging rusa
5 biji kelapa (asing santan pekat semangkuk)
10 biji bawang merah kecil (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 inci kunyit hidup (dikisar)
4 inci lengkuas (dikisar)
5 inci halia (dikisar)
5 batang serai (dikisar)
Daun limau purut
Daun kunyit
Kerisik
2 batang serai di ketuk
300 grm Cili kering kisar
Garam secukup rasa

CARA-CARA

1. Tumis bahan kisar dan cili hingga wangi
2. Masukan santan cair.
3. Lepas itu masukan daging rusa.
4. Masukan biji kurma (Tujuan: untuk melembutkan daging rusa berkenaan)
5. Apabila santan telah mendidih, masukan garam berserta serai.
6. Kacau sehingga terbit minyak.
7. Kemudian masukan santan pekat, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
8. Kacau perlahan-lahan dengan api yang sederhana (ikut keadaan) sehingga masak/kering

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Wednesday, 30 August 2017

Resepi AYAM MASAK PALEMBANG by ratna



BAHAN-BAHAN

700 gram ayam - potong kecil
1 biji kentang - potong wedges
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat (boleh gantikan dengan kerisik. Boleh letak 3 sudu besar kerisik)
1 cawan kicap lemak manis kurangkan sikit minyak

BAHAN KISAR

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

REMPAH PENUMIS

3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA-CARA

1. Panaskan minyak dan goreng ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan. Goreng pula kentang hingga masak. Dalam kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak bekas gorengan ayam dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak. Sesekali digaul mesra.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat

Jika tidak mahu masukkan santan, kerisik juga boleh digunakan.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!

Thursday, 27 July 2017

Resepi DAGING MASAK HITAM PERAK by ratna



BAHAN-BAHAN

600 g daging dipotong kecil setebal 1 cm
4 labu bawang besar dipotong empat
20 biji bawang merah dimayang halus
Sedikit air asam jawa
2 senduk kicap pekat manis
2 cawan air
Garam

BAHAN KISAR

30 tangkai cili kering
100 g kismis hitam

CARA MASAKAN
  • Daging + air + kicap + bawang besar direbus dalam periuk perlahan sehingga daging empuk dan kuah agak pekat. Ketepikan.
  • Bawang merah digoreng untuk dibuat bawang goreng.
  • Gunakan 2 senduk minyak bekas gorengan bawang tadi lalu tumis bahan kisar dalam kuali hingga naik minyak.
  • Masukkan air asam jawa + sedikit gula. Masukkan daging tadi, kacau & masak hingga daging elok empuk.
  • Akhir sekali masukkan bawang goreng lalu dikacau hingga sebati. Kuahnya biar pekat. Garam secukup rasa.

Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Selamat mencuba!!