Thursday, 22 June 2017
Resepi NASI ARAB MANDY by ratna
BAHAN NASI
4 cawan beras Basmathi - rendam & tos
1/2 cawan minyak zaitun (boleh jer guna minyak masak biasa)
2 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih di mayang
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1 helai bay leave
3 helai daun pandan
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara
Garam
Pewarna kuning
BAHAN AYAM
1 ekor ayam di potong 4
1/2 cm halia - tumbuk
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
Pewarna kuning
Garam dan gula secukup rasa
2 bawang besar - hiris bulat
2 lemon - hiris bulat
CARA-CARA
Kesemua bahan bahan Ayam disatukan (kecuali bawang besar dan lemon) dan dilumur pada ayam. Perapkan selama lebih kurang 15 minit.
Sebelum memanggang, balutkan dulang pembakar terlebih dahulu dengan aluminium foil.
Kemudian, susunkan bawang besar dan lemon ikut kerativiti masing-masing. Letakkan ayam di atas bawang besar dan lemon tersebut. Lepas itu tutup aluminium foil dan bakar pada suhu 250C selama 1 jam.
Sekitar 10 minit yang terakhir, keluarkan dulang pembakar dari oven. Kumpulkan lelehan/baki air ayam yang kelihatan. Jika suka, renjis renjiskan ayam dengan minyak zaiton. Bakar semula ayam selama 10 minit dengan foil terbuka.
Kemudian panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 2 helai daun pandan untuk nasi sehingga bawang menjadi layu.
Masukkan 4 cawan air atau secukupnya dan masak sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan beras dan garam dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak nasi sehingga air kering.
Kemudian tuangkan air ayam tadi ke dalam nasi dan kacau sambil dibuat lubang di tengah tengah nasi. Letakkan aluminium foil dan tuang sedikit minyak. Masukkan arang yang telah dibakar sehingga menjadi bara ke dalam foil berisi minyak tadi supaya aroma asap akan meresap ke dalam nasi. Balut periuk dengan aluminium foil sebelum ditutup periuk letrik dan biarkan sehingga nasi masak.
Apabila nasi masak, tuangkan secara titisan rambang pewarna kuning dan kacau rata. Siap untuk dihidangkan bersama ayam dan salsa.
SALSA
Bahan bahan
4 biji buah tomato - potong dadu
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
Garam
Gula
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan bahan di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Boleh juga jika mahu dikisar tapi sekejap sahaja, jangan sampai hancur.
Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Arab Mandy.
Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.
Selamat mencuba!!
Resepi KAMBING GOLEK by ratna
BAHAN-BAHAN (untuk seekor kambing)
- Seekor kambing (berat dalam 15kg lebih kurang)
- 1 cawan madu
- 1 cawan sos tiram
- 1/2 cawan sos cili
- 1/2 cawan sos tomato
- 1 cawan sos perap smoke BBQ pedas (Knor brand)
- 5 labu bawang putih ditumbuk dengan kulit-kulitnya sekali
- 4 sb lada hitam ditumbuk lumat
- 3 sb serbuk cili
- 2 sb rosemary
- 2 sb pasley
- 2 sb oregano
- 2 sb basil
CARA MEMERAP BAHAN
- Cucukkan kambing dengan pisau.
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Lumurkan pada kambing dan masukkan sos tersebut di bahagian yang strategik dan lumurkan sedikit di bahagian sendinya.
- Perap semalaman untuk hasilan yang lebih baik.
- Balut kambing dengan aluminium foil (jika perlu.
CARA MEMANGGANG KAMBING
Nota: Sekiranya ada lebihan sos, jangan dibuang. Masukkan dalam kuali atau periuk. Tambah air sikit dan masak hingga mendidih.
Siap dihidang untuk keluarga tersayang.
Selamat mencuba!!
Resepi MEE GORENG MAMAK by ratna
BAHAN-BAHAN
- Mee kuning 1 bungkus
- Udang sederhana (buang kulit)
- Bawang Putih (hiris)
- Bawang Merah (hiris)
- Kicap cair & pekat
- Sos cili
- Sos tiram
- Cili giling
- Tauhu (digoreng dahulu)
- Taugeh
- Sawi
- Tomato
- 3 biji telur(pecah & kacau)
- Fish cake(hiris)
- Cili(hiris)
- Serbuk perasa Knorr/Maggi
CARA MEMASAK
- Tumis bawang putih + bawang merah + cili bo sehingga naik minyak.
- Masukkan sos cili + sos tiram + kicap pekat dan biarkan masak sekejap.
- Kemudian masukkan udang + fish cake + tauhu + kentang + sawi.
- Tolak bahan tumus tu sedikit ke tepi dan masukkan telur yang dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit
- Kemudian masukkan mee. Gaulkan sehingga sebati.
- Masukkan tomato + taugeh + cili.
- Akhir sekali masukkan sedikit serbuk perasa & kicap cair jika perlu.
Selamat mencuba!!
Resepi WAFFLE by ratna
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
2 sudu teh baking powder
5 sudu teh gula pasir
2 biji telur
1 1/2 cwan susu suam
1/3 cawan mentega cair
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA
- Ayak tepung dan baking powder dalam mangkuk yang besar
- Campurkan tepung yang telah diayak, garam dan gula
- Pukul telur, masukkan susu, mentega cair dan esen vanilla didalam mangkuk yang berasingan
- Curahkan campuran telur ke dalam mangkuk tepung dan kacau supaya sekata.
- Panaskan acuan waffle.
- Bila acuan waffle dah panas (dah nampak berasap-asap), curahkan sesenduk adunan
- Tutup acuan dan biarkan seketika. Nota: jangan lama sangat nanti hangus.
- Bila dah masak, keluarkan dari acuan
- Waffle yang enak telah masak tu.
Selamat mencuba!!
Resepi KETAM MASAK LEMAK CILI PADI by ratna
BAHAN UTAMA
3 ekor ketam
2 biji timun
2 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit (disiat)
1 keping asam keping
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula (secukup rasa)
Air secukupnya
BAHAN KISAR
8 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
10 biji cili padi hijau
1/2 inci belacan (jika perlu)
CARA MEMBUATNYA
Bersihkan ketam dengan sempurna. Kulit keras dibuang. Hujung kaki kecil ketam dikerat. Duri tajam pada penyepit ketam diketuk sedikit agar senang bila nak makan nanti. Kerat dua setiap seekor ketam, buang segala kekotoran dan cuci bersih.
Timun dikupas kulitnya. Potong 2 setiap 1 dan belah 4 setiap 1 keratan. Buang bahagian empulurnya.
Masukkan ketam ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai dan asam keping. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Bila ketam bertukar warna, tuang santan cair, tambah sedikit air jika perlu. Kacau dan biarkan sehingga mendidik.
Masukkan timun dan pati santan. Kacau perlahan masukkan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Biarkan ia masak seketika hingga timun empuk. Kemudian matikan api.
Siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.
Selamat mencuba!!.
Subscribe to:
Posts (Atom)